Selasa, Mei 06, 2008

Mari Belajar Cakap Sabah..

Okeh first of all..pembukaan kata..
Percakapan BM Sabah banyak dipengaruh oleh variasi bahasa Melayu daripada bahasa indon dan BM Brunei, serta bahasa kadazan-dusun, bahasa-bahasa Filipina seperti bahasa suluk, bahasa suluk, bhaasa inggeris dan terdapat juga pengaruh loghat cina hakka. okeh cukup itnroduction..meh kita blaja ckp sbh yg basic punya..
  • aisbok - peti sejuk
  • akun - menyerah, setuju
  • hampus - lelah, asma
  • bantut - pondan/ mak nyah
  • bahai - beg plastik
  • bas - van
  • bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
  • bos - bapa ('bos' digunakan secara meluas sebagai panggilan, contohnya: 'Hello bos' bermaksud 'Hello kawan/ encik, saudara')
  • bubut - kejar
  • celana - seluar
  • cewek - awek, teman wanita
  • cincai - tidak teratur - jangan buat karja(kerja) cincai
  • diorang/dorang - mereka
  • epol - epal
  • gerobak - kereta sorong
  • jambu - jelita
  • jepit - kepit, sepit
  • jerak - serik
  • kapayas - buah betik
  • karan - elektrik - mati karan = blackout, terputus bekalan elektrik
  • kasi tau - beritahu
  • kelmarin - semalam
  • kelmarin dulu - kelmarin, kelmarin dulu (dialek Pantai Timur)
  • lilipan - lipan
  • limpang - baring
  • limpas - lepas (masa), lalu, atau lintas (seberang), tumpang lalu
  • lugai-lugai - tak tentu arah
  • mangkali - barangkali
  • mem - ibu
  • ndak/indak - tidak
  • ngam - sesuai
  • ngam-ngam(1) - cukup-cukup
  • ngam-ngam(2) - kebetulan
  • palui - bodoh
  • pancut - pancit
  • pantat - punggung
  • ping - ais
  • poncit - pancit
  • sapi - lembu
  • semalam - malam tadi
  • semberana - sengaja
  • sia - saya, dia (bahasa Suluk)
  • sigup - rokok
  • sikang - sudu
  • sikul/skul - sekolah
  • silaka - Celaka
  • simpan - letak. Contoh: Ambil barang itu simpan sini (=letak di sini)
  • siring - tepi
  • siuk - syok (bahasa percakapan), seronok
  • sot - gila ('Sot' sebenarnya mempunyai maksud yang agak mendalam. 'Sot' pada awalnya digunakan untuk benda-benda elektrik sofistikated yang rosak. Seperti Komputer sia sot - maksudnya 'Komputer saya ada yang tak kena / rosak'.)
okeh tu serba sedikit perkataan harian yg siaorg guna..hahaha..lets continue..

Penggunaan kata tambah -bah

Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
  • Iya bah. - Iya, lah.
Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
  • Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu.
Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
  • Bah. - Baiklah

Cara Penyampaian

Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.
Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'i'
  • pigi - pergi
  • sijuk - sejuk
  • bisuk - besok
  • mimang - memang
  • cilaka (silaka) - celaka
Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'
  • kamarin - kelmarin
  • paning - pening
  • bali - beli
  • karbau/krabau - kerbau
  • tarap - terap(Sejenis buah-buahan di sabah)
  • tambirang - Tembirang
  • sanapang - 'senapang
Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'
  • bula - bola
  • urang - orang
  • buduh - bodoh
  • munyit - monyet
Pertukaran 'c' kepada sebutan 's' Huruf 'c' sering ditukarganti kepada sebutan huruf 's' melibatkan hampir semua perkataan.
Pertukaran 'r' kepada sebutan 'l' Huruf 'r' sering ditukarganti kepada sebutan huruf 'l' seperti perkataan telur disebut 'telul'
Terdapat juga perkataan yang mengabai sama sekali sebutan huruf vokal.
  • slipar - selipar
  • krusi - kerusi
  • triak - teriak'
  • brani - berani
  • tlefon - telefon
  • skarang - sekarang
okeh setakat ini dulu sesi pembelajaran percakapan Sabah.. nnt len kali kalo ada lg advance punya nnt siaorg kasitao..hohoho...till then.. selamat belajar! hahaha...

sumber : Wikipedia,Bahasa Melayu Sabah


1 ulasan:

ejUL berkata...

mung kabor ar skek apa maksud?