Isnin, September 24, 2012
Kun Fayakun ("Jadilah!" Lalu jadilah)
keadaan aku sekarang bagai mengikut aturan yang sudah ditetapkan. bukan tidak berusaha, namun inilah yang bakal dihadapi. yang sudah diaturkan sebutir-butir perincian episod kehidupanku. daripada sibuk menjalani ku kira serupa kursus latihan sehinggalah berada 2 bulan di sebuah syarikat dan akhirnya menerima sebulat bulatnya tawaran kerja aku ini.
melihat kepada konteks pengangguran ketika ini, aku salah seorang tidak terkecuali untuk keluar dari belenggu ini. dari sudut itulah aku keluar dari kepompong tersebut, mencari apa yang mungkin pasti untukku. namun, semua ini berbalik kepada kun fayakun tersebut. jika ia terjadi, lalu jadilah dengan izin-Nya.
:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan