Jumaat, Jun 05, 2009

Lovely Luna Band



Lovely Luna adalah barisan 4 anak muda yang berasal dari Kota Kinabalu.Mereka terdiri daripada Meeko, Alai, Shafiq dan juga Wan. Berkonsepkan pop jazz bossanova kugiran ini kelihatan begitu ceria sekali di atas pentas.Antara pengaruh muzik mereka seperti The Cardigans, Lily Allen,George Benson, White shoes and the couple company, Naif , The Beatles dan juga Tokyo Jihen.

Berita mengenai vokalis mereka bakal melanjutkan pelajaran, tidak mematahkan semangat band ini. Perancangan untuk mencari pengganti sedang rancak dijalankan untuk memudahkan sesi rakaman demo pada hujung Jun ini.

Band ini bergerak aktif dengan menarik ramai crowd untuk setia berdansa bersama dengan lagu-lagu berentak jazzy yang dipersembahkan. Menggegarkan show seperti Unitar's Charity Concert for Gaza dan juga Indie's Big Day Out.

Juga boleh melayari Youtube dengan search Big day Lovely Luna.

Oleh itu sebarang pendapat mengenai muzik mereka atau kiriman salam bolehlah dibuat.

sekian.

p/s a.k.a petisurat: amat meminati lagu2 berentak jazz.kalo bulih cover lagu amy winehouse okeh!

Tiada ulasan: