Assalamualaikum.
Ya Allah, bulan Ogos barulah menjinakkan diri untuk mengaktifkan kembali belog yang usang ini.
Tahun 2014 merupakan tahun paling sadis untuk our country. Dengan tragedi MH370 dan MH17. Dan bulan puasa juga kita digemparkan dengan peperangan antara negara ZIONIST dengan negara Palestine. Banyak dugaan yang tuhan lemparkan kepada hambanya. Mungkin satu petanda ataupun satu amaran yang kita didunia ini sudah tidak endah lagi atas larangan larangan-Nya. Mungkin kita hanya tinggal dihujung tiup sangkakala. Maka tuhan turunkan segala bala kepada kita, agar kita sedar dan kembali ke jalan kebenaran.
Sungguhpun begitu, hidup ini perlu diteruskan. Selama mana 28 tahun menghirup udara yang percuma, andai kita ini kisah tentang dunia yang satu lagi, kita akan sentiasa beringat dan 'membayar' kembali dengan sujud kepada-Nya.
Sekarang, aku sibukkan diri dengan kerja yang ada. walhal kerja yang dibuat tidaklah sesibuk mana pun. heh
Rindu rasanya dengan belog usang ini.
Rindu dengan segala kenangan dan apa jua isi yang ada didalamnya.
Pahit, manis, suka duka nestapha.haha
Salam pembukaan daripada pemilik belog ini.
Salam lebaran.
Masih ada lagi rumah terbuka?
Haney.Sizuka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan