Assalamualaikum,
hari ini genap puasa ke-28.maknanya dalam 2 hari lagi kita akan menyambut hari lebaran. kaum keluarga akan berkumpul untuk meraihkan aidilfitri yang bakal menjelma. rumah yang sepi kini dialas dengan gelak ketawa hingar bingar anak anak dan cucu sekalian. apa yang best, sesi menghias rumah dari malam hingga ke pagi. tukar cadar, vakum rumah, tukar langsir dan sebagainya.memang tidak ketinggalan alunan lagu hari raya berkumandang menjadi santapan halwa telinga. kuih dan muih disusun rapi ketupat rendang sila nikmati aih duit raya meh bak sini.haha...
Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat ampun maaf dipinta andai ada terkasar bahasa mahupun jelek perangai.halalkan makan minum yang selama ini diberikan. berhati hati ketika memandu,amalkan kehidupan yang sehat, dan jangan main mercun bola.
jikalau sudi,meh lah bertandang ke rumah untuk meraihkan bersama.lagi meriah lagi best!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan